Konvesnyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15
Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan. Selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta kehendak pelanggan yang semakin meningkat, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ikutan daripada itu, KMK telah digantikan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan memberi peluang Perkhidmatan Awam menggilap kebolehan dan meningkatkan kompentesi diri serta menerapkan budaya inovatif dan kreatif dalam memberi perkhidmatan demi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Dalam menyuburkan budaya kerja berkualiti, kreatif dan inovatif, Penganjuran Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam menjadi landasan warga Universiti Awam mempertengahkan hasil inovasi masing-masing untuk diberi penghargaan dan pengiktirafan. Konvensyen ini telah bermula pada tahun 2004. Tahun 2019, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diberi mandat sebagai taun rumah untuk Konvesnyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15.